BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 25, 2010

..::hati manusia:;..




kaifa haluka ya blog...hehe
hari ni myra nk share dgn blog pasal 1 benda
myra tertarik ngn benda ni..
~HATI MANUSIA~
sbnrnyer hati manusia ni sgt mudah di cemari oleh perkara2 jahat kalu x dijaga..
ad 10 pintu masuk syaitan kedalam hati kite..iaitu..::manusia*

1. Sifat sombong dan angkuh
- elok ke sifat angkuh ni..xelok pun..
tp ramai mnusia mudh sgt nk bersikap sombong...
cntohnyer dlm berkwan...
knp lah perlu sombong dalam persahabatan....
diri kite ni bukannyer hebat sgt pon..
ad yg lg hebat dari kite...
kate org kelantan..."xse le mu nk berlagok kuat"...
hehe...btulke x org kelntn ckp cm tu..
tp ni myra yg ckap..haha..
sebb manusia ad sifat ini ialah::
Dua sifat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia yang lazimnya mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan.

2. Bakhil dan kedekut
bakhil or kedekut cm haji bakhil ni xelok taw blog...
kalu ad org sush,kalu kite sng,bantulah...
bukan dr soal wang je..ilmu pon xboleh lah kedekut..
ilmu kalu x disebarkan berdosa tau..xlekat ilmu 2 kt kite nnt..
dahhh rugi...
pegaglah pada kata2 ni..mesti x kedekut punyer..huhu

Setiap harta benda dan kemewahan adalah kurniaan Allah yang harus dibelanjakan ke jalan benar. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau sedekah.

3. Takbur dan bongkak
ermm...ni 1 lg hal..kenapalah nk bongkak sgt dlm hidup..xde untungnyr pon...
jd lah manusia yg rendah diri..senang dunia akhirat..

Sifat ini selalu bertapak dalam diri manusia yang berasakan memiliki segala-galanya dalam hidup. Mereka terlupa kesenangan dan kenikmatan dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja.

Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur." (Surah an-Nahl, ayat 23)

4. Sifat khianat
dah guna brg org,jgn lah rosakkan..wat pe nk khianat org...org jahat je perangai cm tu..

Khianat yang dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi perjanjian atau perkongsian yang dibuat.

5. Tidak suka menerima ilmu dan nasihat

Junjungan Rasulullah SAW selalu menasihati sahabat supaya mengelakkan diri daripada menjadi golongan keempat di kalangan manusia yang dibenci Allah iaitu tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

6. Hasad dengki
kalu tgok org len senag,jgn lah sakit hati plak..
rezeki tuhan bagi lain2..
ape yg kite ad,brsyukur jelah..
toksah lah nk dengki2 kt org..
tmbah2 lagi kt kwn sendiri...

Sifat ini selalu diikuti rasa benci dan dendam berpanjangan. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Hindari kamu sifat hasad kerana ia memakan amalan kamu seperti api memakan kayu kering." (Hadis riwayat Bukhori dan Muslim)

7. Meremehkan orang lain
ni yg paling myra benci...
manusia bukan nyer sempurna...
setiap org tu ad kelemahannyer...
kalu diri 2 nk jd perfect sekalipun...tolonglah!!!
jgn pndg rendah kt org len...
manusia ad kelebihan yg berbeza...
jgn ingat diri 2 hebat sgt,smpai boleh mencaci org len..
buanglah sifat ni jauh2...
xbek wat kt org cm tu...

Sifat ego manusia selalu lahir apabila individu berasa dirinya sempurna berbanding orang lain yang dilihat terlalu kecil dan kerdil dengan apa dia miliki.

Abu Umamah pernah meriwayatkan Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang berilmu dan imam yang adil." (Hadis riwayat Muslim)

8. Sifat ujub atau bangga diri

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Jangan kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah bukan orang yang bersenang-senang saja." (Hadis riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

9. Suka berangan-angan
ngeh3...ni myra plak tgh ad masalah nie...kuat betul berangan...
smpai marah dah en.amirol...
hehe...
tp skrg myra dah sedar n myra pun dh x mals2 dh..hehe...
kite ni umat islam...perlu sentiasa berusaha dan jgn pnh putus harapan...
contohilah Nabi kite...
beliau sentiasa kuat beribadah walaupun Allah dah pun menjanjikan syurga baginyer...
kite jgn lah cepat rasa puas...kerana,,,ia akan mengundang plbagai sifat yg x elok..
Islam antikemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha mencapai kecemerlangan dalam hidup dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

10. Buruk sangka

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidik amat dicela Islam. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang sudah rosak dirinya." (Hadis riwayat Muslim)


penat dah myra membebel..tp ni sebagai peringatan kpd diri myra n sape2 yg ad terbuka blog ni...manusia ni perlu sentiasa saling ingat-mengingati...sebbnyer..dh mmg sifat manusia yg sentiasa LALAI DAN LUPA~~

..:::ingatan buat diriku yg sentiasa alpha::...

0 comments: